Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengagalkan cubaan membawa masuk 5,161 keratan ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram bernilai 495,608 ringgit dari Thailand.
Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada jam 9 malam tadi.